Assalamualaikum dan selamat petang.
Situasi nih kerap berlaku disekeliling kita, sama ada kita yang mengalami atau ahli keluarga kita..
ada yang berhutang, ada pula yang dihutang.. berhutang memang mudah namun melangsaikannya?
Rasulullah S.A.W bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
*****************************************
hari berhutang
keesokan harinya
seminggu kemudian
sebulan kemudian..
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
walau hanya dengan nilai satu ringgit sekalipun, andai kita berjanji untuk membayar semula, itu merupakan hutang yang harus kita langsaikan.. Apatah lagi dengan hutang yang beratus ringgit dan beribu ribu.
Jangan pernah menganggap HUTANG itu perkara remeh. Hutang WAJIB dilangsaikan.
Jangan memberikan kata harapan kepada si pemberi hutang kerana sesungguhnya kita akan memungkiri janji dan bercakap bohong apabila kita gagal melangsaikan hutang tersebut pada waktu yang kita janjikan.
( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari"
kepada sahabat sahabat cp kat luar tuh, kalau rasa rasa pernah berhutang, langsaikanlah. Usahakanlah agar dapat membayar hutang walaupun sedikit demi sedikit. Sebab kita tak tahu, mungkin si pemberi hutang jugak memerlukan duit tersebut lagipun hutang nih la yang kita bawa sampai MATI.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”
haa.. Nauzubillah~ Mintak kita dijauhkan dari hutang hutang keliling pinggang yea.. FIKIR DULU SEBELUM BERHUTANG! SEKADAR RENUNGAN BERSAMA.
❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤