Showing posts with label entri jiwang. Show all posts
Showing posts with label entri jiwang. Show all posts

Semoga Segalanya Berjalan Lancar, doakan saya.. :)

Assalamualaikum.. Salam Jumaat blogger sekalian..

Sebenarnya aku tak tau nak cakap macam mana, aku happy sebenarnya.. Siapa yang tak happy kan bila peluang yang dah lama sangat kita tunggu akhirnya kita miliki.. Tapi, ada sesuatu hal yang aku betul-betul risaukan.


Kelmarin pagi, sekitar jam 8.30 pagi aku dapat panggilan telefon dari Jabatan Pelajaran Sabah. Perbualan kami seperti berikut,

Pegawai: " Hello selamat pagi, Cik Purple Syarizah ya?"

Aku: " iya.. Saya la ini, ni siapa ya? "

Pegawai: "Saya dari jabatan pelajaran, kamu tau suda kan kamu dapat jawatan tu? "

Aku: "oh, iya iya.. tau suda.. tapi mo tunggu surat bah tu kan?"

Pegawai: Sekarang surat kamu ada sini, kamu bole datang ambil ka? di bangunan persekutuan KK, tingkat 5"

Aku: Oh.. Di KK ka? 

Pegawai: Iya, tapi kalau kamu tidak dapat ambil, kami akan hantar pigi PPD Beaufort, hari Isnin kamu boleh ambil di sana.

Aku: Bha, Itu la paling ngam tu puan.. Pasal Beaufort dekat sikit sama tempat saya ni..

Pegawai: Ok, ngam la.. bisuk kami kirim sama pegawai. Nanti ambil d PPD Beaufort cakap mau ambil surat arahan lapor diri. Kalau boleh kamu kasi settle awal la semua dokumen tu termasuk buat medical check up. Sebaiknya pigi klink swasta sebab 4 haribulan depan taklimat suda.

Aku: Bha, terima kasih puan.. :)

Itu antara perbualan aku dengan pegawai jabatan pelajaran tu. Sekarang yang menjadi masalah kepada aku, Medical Check Up.. Sumpah, aku betul-betul nervous mau buat medical check up.. aku tak pernah buat seumur hidup aku bhaaaa~~ tulung dulu pa macam ini.. T_T

Hari isnin nanti bila aku dah ambil surat tu, mama aku cakap dia mau bawak aku gi klinik terus untuk buat check up.. Weh, gila tak berdebar.. Kalau ada cara nak skip, korang ajar la aku weh.. Aku tak nak gi klinik.. :'(

Aku sebenarnya ada satu masalah, aku paling takut kalau namanya berurusan di hospital atau klinik.. Apatah lagi kalau korang sebut DOKTOR.. bak kata arwah nenek aku, Palis Palis.. hehe.. :P


Apa- apa pun, agak mustahil la untuk aku menskipkan diri dari medical check up ni kan? InsyaAllah, apa pun berlaku nanti aku redha.. Allah dah tentukan semuanya untuk kita.. buat apa nak takut kan? :) Tapi aku still mintak korang doakan untuk aku, doakan supaya takde apa apa berlaku nanti. InsyaAllah.. Ha, ni aku ikhlas nak mintak maaf kat semua orang.. Kalau aku ada salah silap kat korang harap dimaafkan.. :) 









❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Aku Mencintai Orang yang aku tak kenali, SalahKah Aku?

Assalamualaikum.. Salam Perpaduan..

Benar kata orang, CINTA ITU BUTA, kalau tak buta kenapa cinta itu pilih orang yang tak dikenali? Bahkan menemuinya jugak aku belum pernah.. Yang Aku tau, hatinya sudah dimiliki oleh wanita yang sangat bertuah.
Dia terlalu baik, mungkin aku tak layak untuk dia.. 
disaat aku menginginkan cinta sejati, akhirnya aku terjebak dalam pergelutan cinta tiga segi.
Sememangnya sulit untuk aku katakan, tapi sejujurnya aku memang dah jatuh cinta kat kekasih orang. salahkah aku?

terkadang hati mau memilih yang terbaik, tapi jodoh ketentuan di tangan Tuhan.. Tuhan yang memberi rasa cinta.. Aku bukan tidak tahu memilih, aku bukan tidak berusaha untuk memilih yang lain tapi hati aku tetap mengatakan, aku cinta dia..

cinta ini agak dongeng, dia tak pernah tau pun perasaan aku.. apatah dia tak pernah kenal pun siapa aku, begitu jugak aku yang tak pernah mengenali siapa dia, tapi hati aku kata, aku jatuh cinta?
mungkinkah hati aku salah? 

Aku pernah kecewa, aku pernah belajar melupakan seseorang yang aku sayang, tapi kini perasaan itu datang lagi, kepada lelaki yang lain pulak.. Mengapa?

Aku tahu, dia bukan milikku, begitu jugak hatinya yang jelas dimiliki orang lain, tapi aku tidak boleh berhenti memikirkan dia, salahkah aku? 

Kini, aku hanya mampu Cinta Dalam Hati, mungkin ini hanya dugaan untukku..
andai dia tercipta untukku, aku yakin tuhan pastikan temukan kami satu hari nanti..

"If You Believe It, It Will Happen"

Anything is Possible


pinkypuff's note: hahahaha.. entri hari ini agak kesasteraan yer kawan2.. sebenarnya praktis nak buat cerpen.. muahahahaha.. :D oke tak?

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...