PERHATIAN! | Tolong Hormati Hak Peribadi Saya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam Perpaduan.

Baiklah, pertama sekali saya mau mintak maaf kalau entri ini mengguris hati sesiapa. Tapi kalau tak cakap hal ni, saya memang akan hadapi masalah.

Pertama sekali, kepada sesiapa yang ada nombor telefon saya, terutama yang pernah buat tempahan dengan saya dulu, tolong jangan sesuka hati bagi nombor saya pada orang lain. Sebab, awak dah timbulkan banyak masalah kepada saya. Saya bagi nombor telefon untuk korang masukkan topup. sebagai alternatif pembayaran tempahan. BUKAN untuk buat tempahan. Nak tempah, sila PM fb saya atau email. Senang.

Dah ramai sangat yang buat tempahan edit blog main call nombor saya. Dalam syarat tempahan, saya tak ada pun suruh korang call saya. kalau setakat hantar SMS saya terima. takda masalah. tapi call saya masa waktu bekerja pulak tuh. dah tiga kali saya kantoi depan senior time tengah buat kerja jawab call pasal tempahan blog jak.

Tolong faham saya, saya dah tutup tempahan untuk sementara kan, saya belum kata lg nak bukak tempahan. saya pun serba salah bila main call-call ni, nak tolak satu hal, nak bincang satu hal. Kat tempat kerja pulak tuh. nanti apa rakan sekerja saya cakap?? budak ni kat office dok main blogggg jer, sampai kena call pulak tuh.. macam tuh?

Saya dalam tempoh percubaan, tempoh untuk SAH JAWATAN. so tolong sangat-sangat. saya kena jaga prestasi, susah payah saya dapat kerja ni. Bila korang dah dok call balik-balik, habislah saya. Nasib depan senior, kalau depan pengetua?? Apa pandangan pengetua kat saya??

So tolong.. jangan sesuka hati bagi nombor saya kat member-member awak. Dan yang ada nombor saya tu tolong jangan call sesuka hati pada hari ISNIN - JUMAAT pukul 7pagi-4ptg. Itu waktu saya bekerja. Kalau betul nak order PM fb saya atau email kat saya. Please ya. Kerjasama amat diharapkan. TERIMA KASIH.

FB - www.facebook.com/pinkypuff2011
Email- eyza_ikeuchi333@yahoo.com

MAAF ATAS SEBARANG KEKASARAN BAHASA.






❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

20 CP's Bestfriend(s):

nuyui a.k.a miss YUI said...

stuju sgt tu..ak pnh org msg kui 12 mlm keatas..giler apa.. org nk tido kottt.

Yana Aina said...

takut jgk kantoi dgn bos nnt

MISS Z BERCELOTEH said...

diorg nda berfikiran bah tu..main kol saja..nda fikir org sibuk ka apa ka..

ros_reeza said...

yup, kita kena la faham hak privasi orang kan.. kalau main pas pas je nombor tu bahaya!..

QasehnyaRania said...

mudah2an mereka2 itu paham la ye..;)
cool yer cikpurple..senyum sikit:)

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Tak beradab laa diorang..

Tentang Kita said...

setu dgn CP..saya pun x suka kalau ada org call masa time keje..tp kalau emergency case mmg x boleh nak elak

SHAHZEE said...

ermm susah la kalau mcm ni..nnti ape plak kata senior2..harap2 lepas ni sape2 yg nak tempah ikut la syarat yg ditetapkan

maszull said...

assalamualaikum CP...ada ke yg mengacau tengah2 malam susah tu...

Cik Purple said...

@nuyui a.k.a miss YUI: kak, nasib cp takda lg yg kol tghmlm.. klu tak mmg kena la dia..

Cik Purple said...

@Yana Aina: tu la dear.. kita jwb kol sbb ngatkan ada emrgency ke ape, rupanya nak tmph blog.. adeii..

Cik Purple said...

@MISS Z BERCELOTEH: tu la, kalau dorg text, aku ndak kisa.. slagi ada kdit aku reply bha.. tp ini kol.. byk kli suda.. manas la bha jua ku.

Cik Purple said...

@ros_reeza: tu la.. sy pun tak tau sepa yg dah bagi2 no sy kat member2 dia nih.. T_T

Cik Purple said...

@✉ ¥ana Fauzi ✉: dan menyusahkan.. T_T

Cik Purple said...

@SHAHZEE: tu la.. saya bukan keja office besar.. sy keja office skola.. staf ciput jer. kalau kita jwb kol mst dorg perasan.

Cik Purple said...

@maszull: waalaikumsalam mama.. tgh mlm takde lagi.. tp time waktu bkeja ade.. :(

Princess Syazliyana said...

ok faham :) hehe

lynn kamarul said...

sian kat awk... takpe la ape pun akak doakan awk berjaya dlm tempoh percubaan ni. akak da sah jwtn, syukur pada Nya

keli menari said...

haish sapa la tu

echaRierie said...

wahh..marah ni..

apapun goodluck daling..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...