Mari tolong VOTE crew oh!media.fm yg ohsem!

Assalamualaikum dan selamat malam.. :-)

  Horait, hari ni gua rajin mau apdet belog pasal gua mau promot sama kamurang.. Sekarang nih oh!media sedang menjalankan satu pertandingan (pertandingan la kali, gua pun kurang pasti.. haha) di antara crew-crew oh!media.fm untuk mencari The Most 3 'Osem'..

Ok, kalau sesiapa yang belum tau apa tu oh!media.fm, kamu boleh la jalan-jalan di sana sambil dengar-dengar lagu, sambil-sambil tu kamu juga boleh chatting sama dorang punya moderator tuh.. Laman web ni merupakan sebuah radio yang hanya diputarkan secara online .. Tiada siaran dalam kamu punya radio yang mahal di rumah tu arr.. Hehehe.. Selalunya kamu dengar bila ada orang pigi letak2 di blog seja ni radio kan..

Baiklah, stret to da point la.. Actually cp mau suruh kamurang tolong cp bha.. boleh kan? Lama sudah cp tidak minta tolong nih.. Acececeh.. :3 hehe.. Gini, one of crew the most 'Osem' crew oh!media ni actually member cp bha.. macam pernah juga cp cerita di entri yang lalu kan? Hehehe.. c Kayrul Ong la yang cp maksudkan.. :) Tolong cp vote dia..

Step yang sangat mudah!

1) Kamu cuma perlu tekan link SINI
2) Then kamu TICK nama c KAYRUL ONG 
3) Lastly, tekan VOTE

Ha, itu seja.. Senang kan? So apa lagi, jom la tolong cp bha.. hehehe.. Tarikh tutup untuk vote ialah 6 Oktober 2012 ok.. :)
Kamu juga boleh layan c Ong ber'deejay' pada setiap hari Selasa & Khamis pukul 9.30am-11.30.00am dalam segmen Oh!Syoknya! Btw, tolong yea! ;) kalau suda vote, boleh jugak kamu tinggalkan komen nanti :) kita kawan-kawan juga kan? Aceceh.. Hehehe.. ^_~

TERIMA KASIH SEMUA~~  ;)

p/s: Mau minta belanja c Ong ni kalau dia menang.. :3

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Masihkah Diri Ini Diingati?

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. :)

Wah, sebak rasanya nak menaip semula di blog ni.. Yalah, sudah sebulan kan cp tiada jenguk-jenguk blog ni.. Dah berhabuk ponnn.. hehe.. fuuhhhhh~~~

Sebenarnya memang tajuk entri aku tu agak tak boleh belah dan nampak kegedikan tambah dengan keperasanan nak mapuih dan melampau di situ.. Aku saja buat tajuk macam tu sebab nak tau, masih kah ada yg masih ingat dengan aku yang tak seberapa nih..aceceh.. :"> Hade ku kisah ke cik purple hoii kalau kau tak apdet blog bertahun-tahun sekalipun.. =..= 

Hehehehe.. Tak tau nak kata macam mana, cp memang rindu sangat-sangat kat blog ni, rindu mau menaip, rindu mau bercerita, rindu mau berkongsi.. hehehe..

Actually kehilangan diri ku ini selama sebulan ni bukan kerana melarikan diri atau dilarikan diri, tapi sebenarnya aku agak sibuk beribu-ribu kali sibuk ditambah lagi dengan keadaan intenet ku yang sangat tidak mengizinkan.. Tiap hari aku terfikir mau kongsi ceri sama kamurang. Tapi, balik kerja mesti penat, di tempat kerja pulak mau dapat tenet free tu tersangatlah susah..

Aku harap lepas ni aku akan terus la mengapdet blog aku ni walaupun seminggu sekali kan.. Aku harap la.. tak janji pon. . hehehe.. korang doakan la semoga diriku ini rajin kembali untuk mengapdet blog ni yea.. aku rindu zaman-zaman rajin berblog macam dulu, ramai kawan dan sangat-sangat seronok.. tiap hari dapat kawan baru, kalau ada masalah ramai yang prihatin kan.. :) mishu laik krezeh la.. ;-)

notassss: aku sebenarnya mau letak gambar, tapi kan aku suda tekad nemau godek google untuk beberapa hari ni.. 


❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Salam Aidilfitri 1433H buat semua .. :)

Assalamualaikum.. Salam Perpaduan..

Pertama sekali, cp mau minta maaf kepada semua rakan-rakan blogger atau sesiapa pun yang pernah membaca entri-entri cp di dalam blog ni yang mungkin pernah mengguris hati kamurang.. :)
Sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang tak pernah lepas dari kekhilafan dan ketidaksempurnaan diri.. :)
Halalkan semua pemberian korang, hadiah-hadiah GA, entri yang mungkin cp pernah copy paste dan apa-apa yang berkenan la.. :)


Alhamdulillah, masih berkesempatan menyambut Aidilfitri kali ke 2 sebagai blogger.. :D 


❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Segmen: Senarai Peserta SAYA NAK KAD RAYA dan PEMENANG

Assalamualaikum.. :D Salam sejahtera..

berikut senarai yang join.. segmen sudah di tutup ok. walaupun tak ramai join.. tak apa.. yang penting masih ada yang join.. :D yang bg detail ndak lengkap tu, kalau misal kmu menang, tp susah mau kontek, cp tukar pemenang lain arr.. nah jadi lain kali ikut arahan betul2.. :)



  1. http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  2. http://www.syuhadasalleh.my/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  3. http://duniafantasicra.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  4. http://fiqizumisyunkawk.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  5. http://faralalalala.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  6. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  7. http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  8. http://nadhdiya.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  9. http://applehijaulife.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  10. http://appleshera.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  11. http://fahuna.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  12. http://faratasyadiary.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  13. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  14. http://akubencihitam.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  15. http://yummycoklet.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya.html 
  16. http://mizzsninie.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  17. http://www.miramashimaaru.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  18. http://nurfatihahhijau.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-dari-cik-purple.html
  19. http://chocofluxuryga.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  20. http://hajar-official.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  21. http://hudasyafiqah.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  22. http://www.dear-lyana.co.cc/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-by-cik-purple.html
  23. http://nurfatihahhijau.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-dari-cik-purple.html
Maka, dengan ini saya dengan senang ati nak kasi 8 Pemenang bertuah termasuk seorang top referral yg akan dapat kad raya dan sepasang brooch..

pemenang-pemenang yang bertuah ialah:-









top referral:-



Tahniah buat semua yang bertuah.. sila hantar NAMA dan ALAMAT korang pigi email cp, eyza_ikeuchi333@yahoo.com

insyaAllah cp akan pos kad raya minggu depan.. lepas raya la.. hihi.. pasal 2-3 hari ni mau dekat raya suda kan.. mana sempat lagi mo pos.. hehe..
harap korang sabar yea.. :D

kepada pemenang-pemenang di atas sila bagi detail korang sebelum 19/08/2012
kalau misalnya korang tak bg detail selepas tarikh tu secara automatik cp pilih pemenang lain yg cp akan pilih sendiri.. :)



❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Segmen: SAYA NAK KAD RAYA untuk korang.. :D

Assalamualaikum.. selamat pagi.. salam ramadhan..

Okeh, ini entri pantas yea.. cp mau bagi beberapa keping lagi kad raya untuk korang.. maaf la terlewat tapi kalau dapat lepas raya pun tak apa kan? hihi.. yang penting ada.. cp tidak sempat buat entri, tu yang hari ni baru ada masa mau buat entri..

Harap korang masih sudi sudi join segmen ni.. kali ni pemenang LEBIH dari 5 orang ok.. hehehe.. dan korang dipilih melalui random.org.. :)

Segmen ni berlangsung sehingga 16.08.2012 pukul 5 petang..

Cara untuk dapatkan kad ni.. :-

1. Buat entri Segmen: Saya nak kad raya by cik purple
2.  letak banner d bawah dan link kan ke entri ini.

3. Cp nak mintak korang duit raya nih.. KLIK >>> http://bit.ly/PnACNU dan http://bit.ly/Oh4ZpK
(ikhlas diri sempena hari raya ni yea.. :)

4. tinggalkan:-
  •  link entri
  • nama
  • email / link facebook korang (utk senang kontek bila korang menang)

 korang kat ruang komen entri ini shaja.. :D

5. boleh promote (tag rakan/ping d fb), top referral akan dapat kad raya dengan sepasang brooch riben dr saya.. :D



❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

PESERTA PANTAS yang dapat kad raya ialah..

Assalamualaikum.. Selamat berbuka puasa buat warga sabah dan sarawak.. ceh, intro entah pape2..

Sebenarnya cp mintak maaf sangat-sangat.. Janji nak umumkan pukul 4 atau 5 kan? tapi sekarang dah pukul 6.. hahaha.. cp tertido.. bak kata pepatah, telajak perahu boleh di undur.. telajak tidur, tak bangun2.. hahaha.. hentam saja la..

Okeh, siapakah peserta bertuah yang pantar hantar link url dia kat cp tu??? siapa? siapa???
wah, siapa pun orangnya.. harap gembira la ye.. dapat kad raya.. hehehe.. macam cp, teda la dapat kad raya ni.. T_T

Pertama sekali, kepada pemenang-pemenang ni, sila pm NAMA dan ALAMAT kat facebook cp seboleh-bolehnya malam ni, sebab insyaAllah esok cp mau hantar pigi pejabat pos suda nih... ya? :)

kalau misalnya takda facebook, korang tinggalkan jak di ruang komen entri nih, cp tak publish oke... :)
Please yea, kalau boleh malam ni, paling lewat pun jam 5 pagi esok.. lepas sahur tu la.. :)

dan pemenangnya ialah????

1. www.ceritaladiespurple.blogspot.com

2. www.nazlyizan.blogspot.com

tahniah cp ucapkan.. yang lain2, insyaAllah kalau cp sempat beli kad raya lagi, nanti cp buat lg k.. :) thanks sebab sudi turut serta semua.. ;)



❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Segmen PANTAS: Siapa CEPAT Dia DAPAT kad RAYA

Assalamualaikum.. Salam Perpaduan..

Whoa..

Sihat tak korang?? Ok, hari ni cp mau buat satu segmen yang simple khas buat korang semua.. hehe.. :)

Hanya TIGA langkah MUDAH:)

1. Tinggalkan Nama dan URL BLOG korang kat ruang komen ENTRI INI SAHAJA.
(contoh: Cik Pinkypuff, www.nakkadraya.blogspot.com)
2. Derma Ikhlas tuk cp kat SINI.. ;) <3 p="p">3. Berdoa supaya anda peserta yang pertama atau kedua! :D

Kad raya ni cuma ada 2 keping jer, maksudnya cuma ada 2 orang pemenang. So cepat2 tau! :D

Sebenarnya kad ni lebihan tahun lalu punya.. masa godek-godel almari cp jumpa kad raya kosong ni. So daripada simpan bagus cp bagi kat korang kan. :)

Tahun ni cp belum sempat nak beli kad raya.. InsyaAllah kalau cp dapat beli kad raya nanti cp buat segmen yang lebih gempak dari ini yea.. :)

Ha, pemenang akan dipilih berdasarkan siapa cepat hantar URL, kome la dapat.. LINK *PERTAMA dan KEDUA akan jadi pemenang.. :) CP akan publish kesemua komen sekitar pukul 4 atau 5 petang nanti. hehehe.. So apa tunggu lagi, cepat-cepat la letak URL BLOG korang!:)

*sekiranya peserta terpilih tidak memberi kerjasama, pemenang akan di gantikan mengikut urutan nombor seterusnya.
❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Freebies | Vintage Classic Background

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Hari ni, cp berbesar hati mau kasi korang freebies lagi.. sebab tak tau nak update apa. Malas. :) So cp buat freebies la untuk korang.. :) background ni sesuai la kalau korang nak pakai sempena hari raya ni. :)


Pertama sekali mari join contest NIVEA = http://bit.ly/MEDyVb

Pastu klik untuk saya kat sini.. boleh? :P = http://bit.ly/NsdHOR

ok, sila la ambil freebies kat bawah, tapi jgn lupa tinggalkan komen yea! :) atleast saya tau berapa orang yg berminat kat freebies.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAr-ogOfffuRceptJ07HEfZRXu_nGXbfSPJeg1stWXLyl4pSZkYxnw6icXbkEr5a-dsv-IS_4GRDz6KqRW1KVHZDsk1Wu0KVu1ajNUPa4w7RbmPveQBWZOXpn5-bXeyPGGQ-mNJaljH3Q/s320/vintage-blue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUO4iZ0x1XjOMDxqiqsW6K04TKOZ_IU50FQzQ03Cig2mm5Kffzwiu3tkyy9zo1q2wAdpP2vTLwekbZGRv2ejOO2hx9yg-I-aI9fARnJOSSGBTMa4nPimoMt_700OQs9T18kkEkM1Q09Ak/s320/vintage-gold.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCHujcJoKW1HCv6st1qru8tteGBLBCc-KjdVzUx3SuT_kjuVAfcURzfQHwxJ3EinEEKSBiq2AVToP3xIs-lezEbkz5Dy_2JDueZXvtOuOqAdF6ENcpiP49-bJ2MKg5MrRtDiBltSu_-Xg/s320/vintage-green.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9CLO3BhZEInHRoBq_pYOqLo198Hh04odvQI5rzQErJNspdQXWMaiR8kEXaDTauvBGZduh1-f6pLbbkE7GR4aRiuJAOEkTwtuB3OAC5U35ScwDEcbxn6w37WMRq5iDlv-dD7Ne4FIDtMM/s320/vintage-maroon.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLWzRoLZpfdEq1FD8ttV4fEGJgSwP-LdGvvjQ-8L1rmDnHA7TYbD3MYw4OySokRi5PP3GFXgg31N9pPo1hCku-rZVsFqI9tbTrAUUt-U3QTOh5FELo5230SYH_XRKx3yasqfQi_szy_ac/s320/vintage-orange.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-7WhXJxflIu5RHSywQ5Ciob-V0R5NZRXzET60FOp9lzRWn-7-vlHL9Ai-wuQzYqw1n0LhWXlW5L8-qFfrBq41O9dZ8D1Z6v5rsCoWMwCzKuK6KGDipmRZvchluIKgvmUsUvbQ4G0uhns/s320/vintage-pink.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib0txUCPzJXNY1qYzRFyzTlac7QQRuDHVbClSCf4pSkLX3Ac-vmW0ZL3QsEbXZmNPaMlxGg0fGHqYEc940Gw-8XzBbQNfzKlxi9NG4hX9giCeqBXYvlFPxAC6bEQJa_LZMy3ltQNU_8kM/s320/vintage-purple.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAUNyROLGAi14bF-PDos2V15vRTpg0mrnIW7L_hZmcxadkViSYD-exHlOaTQYQbOUt0Lx-skYciGNavaqb_t3h2dc20-uXT8L5AwYjoNgp6keGXWOZN3snXDZOb5GxO6Qc4cu4yBeOi4o/s320/vintage-red.png
Ini memang antara background terbaik yg cp pilih and modified.. mula-mula memang rasa sayang nak bagi korang, tapi nak simpan buat apa kan.. :)

So, harap ramai yang suka.. :) jangan lupa klik tau! hikhik.. sedekah di bulan ramadhan.. haha.. :P

Selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan di semenanjung.. orang sabah dah kenyang.. nak gi terawih jap lagi.. hikhik.. :P
❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

PERHATIAN! | Tolong Hormati Hak Peribadi Saya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam Perpaduan.

Baiklah, pertama sekali saya mau mintak maaf kalau entri ini mengguris hati sesiapa. Tapi kalau tak cakap hal ni, saya memang akan hadapi masalah.

Pertama sekali, kepada sesiapa yang ada nombor telefon saya, terutama yang pernah buat tempahan dengan saya dulu, tolong jangan sesuka hati bagi nombor saya pada orang lain. Sebab, awak dah timbulkan banyak masalah kepada saya. Saya bagi nombor telefon untuk korang masukkan topup. sebagai alternatif pembayaran tempahan. BUKAN untuk buat tempahan. Nak tempah, sila PM fb saya atau email. Senang.

Dah ramai sangat yang buat tempahan edit blog main call nombor saya. Dalam syarat tempahan, saya tak ada pun suruh korang call saya. kalau setakat hantar SMS saya terima. takda masalah. tapi call saya masa waktu bekerja pulak tuh. dah tiga kali saya kantoi depan senior time tengah buat kerja jawab call pasal tempahan blog jak.

Tolong faham saya, saya dah tutup tempahan untuk sementara kan, saya belum kata lg nak bukak tempahan. saya pun serba salah bila main call-call ni, nak tolak satu hal, nak bincang satu hal. Kat tempat kerja pulak tuh. nanti apa rakan sekerja saya cakap?? budak ni kat office dok main blogggg jer, sampai kena call pulak tuh.. macam tuh?

Saya dalam tempoh percubaan, tempoh untuk SAH JAWATAN. so tolong sangat-sangat. saya kena jaga prestasi, susah payah saya dapat kerja ni. Bila korang dah dok call balik-balik, habislah saya. Nasib depan senior, kalau depan pengetua?? Apa pandangan pengetua kat saya??

So tolong.. jangan sesuka hati bagi nombor saya kat member-member awak. Dan yang ada nombor saya tu tolong jangan call sesuka hati pada hari ISNIN - JUMAAT pukul 7pagi-4ptg. Itu waktu saya bekerja. Kalau betul nak order PM fb saya atau email kat saya. Please ya. Kerjasama amat diharapkan. TERIMA KASIH.

FB - www.facebook.com/pinkypuff2011
Email- eyza_ikeuchi333@yahoo.com

MAAF ATAS SEBARANG KEKASARAN BAHASA.






❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Spontaneous Thursday | You Smile I Smile

Ok, hepinya main webbie time bulan posa ni kan.. :D


  • e-novel terbengkalai =,=
  • cakap nak apdet blog selalu, tapi itu suma angan2 jer.. =..=
  • tempahan dah byk yg di tolak
  • hari raya nak dekat,
  • tahun ni dapat bonus
  • tapi gaji tak masuk lg :3
  • kad raya tak prepare lg.. :'(
  • apa2 pun, senyum je la selagi mampu tersenyum ;-)
  • cik anon tolong jgn komen bkn2.. kang kali ni gua tembak lu betol2.. 
  • sekian terima kasih
  • esok nak sahur, kena bgun awal
  • balik keja jam 2 ptg
  • oh syoknyaaaa~~ :D
  • apa lg nak tulis yea?
  • semua ni spontan tau.
  • thank you! :P



❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie


klik banner utk join

Tarikh tutup : 1 OGOS 2012
cp suda kasi masuk blog fadzmie d bloglist cp juga.. :)

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Segmen : Kenangan Ramadhan

klik banner kalau nak join.. :)

okay, actually kalau nak cerita tentang pengalaman ramadhan tu memang banyak la kan.. hehehe.. tapi pengalaman yang saya tak boleh lupa dulu masa zaman skola, bila nak dekat raya tu pergi shopping ramai-ramai dengan sepupu-sepupu saya. Hmm entah tahun ni dapat pergi bersama ke tidak.. sebab sekarang masing-masing dah kerja.. tempat tinggal pun dah jauh. :)

Nama: Cik Purple
Warna: F75CBF

thanks Apit!:)

Tag: 

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Cik Anon Tak Puas Hati la Pulakkk..

yehaaa.. firstly gua nak kembangkan hidung gua sebab cik anon sudi bertandang ke blog gua yg comel macam gua.. hahaha.. bagi lu sirap sikit derrrr..






ko ni belum kenal aku rupanya.. kan kan? haiiihhh.. ko pikir aku mau sedih sayu pilu ka baca komen ko? apatah lagi ko unfollow aku, hade ku kesah??

eh pengecut, ko baca ni bagus2, aku peduli apa aku mo buat muka comel ka, muka buruk ka, ini blog aku, entri aku.. aku mau syok sendiri ka.. kenapa? kalau aku perasan comel, duit ko jadik kurang ka? puiii!!

kalau setakat guna anonymous buat apa? ko tulis bha nama kau besar2 sana.. kasi tau kau ndak puas ati.. ini guna anonymous.. urang buduh seja tu buat gitu..

naaa.. ko jangan mau cari pasal, kalau cari masalah, ko cakap bha depan2 sama aku.. kalau kau jauh, webcam kan ada.. semuanya d hujung jari anda.. ko cakap seja.. hahaha.. eh, sempat lagi aku ketawa... hahaha.. :P


sekarang ni, ko rajin2 datang blog aku ya, aku letak gambar come loteh aku tu d side bar.. hahahaha.. baru comel dan gempak lagi meletup.. kan kan??? hahahaha..

pasni kalau mau komen, ko jangan lupa letak nama ic mu sekali.. baru kta bole kenal2 laga2 pipi.. yehaaa... :D

sekian terima kasih.. lain kali cari pasal la lagi bila mood saya kurang baik.. :D

ha, ni peringatan, kalau ndak suka entri sy, kamu jgn la bha mau mengutuk, pasal ini hak peribadi saya.. lainlah kalau sy letak gambar lucah ka apa tadi.. ndak suka pigi tekan [x] suda.. teda dosa bha itu.. jgn jadi buduh macam ni orang.. ok..


lupa, ko pikir ko comel ka mau tulis gitu.. suda la mengeja ndak ngam, nasib aku pernah mengajar di sekolah rendah.. paham la jua mau baca setail2 budak pemulihan punya ejaan ni.. haha.. aku sarankan ko masuk kelas pemulihan la dulu, pi jak sekola rendah, jumpa guru besar di sana bilang mau belajar mengeja.. hahahaha..





❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Nak Cerita Pasal Hari Pertama Kerja.. Tapi..

Assalamualaikum dan selamat malam..

Tapi??? gua malas, esok2 la gua citer.. insyaAllah sebelum bulan posa nih gua cuba apdet blog.. harap korang paham dan masih menyokong saya.. nanti saya cuba apdet blog dengan lebih kerap.. bukan takda masa cuma sekarang banyak yg saya kena urus..

ha, gua tunjuk kat korang muka boring gua je la.. hahaha..


hahahaha.. ni kalau ikut contest abg stalker i konfem juare nih.. haha.. puii!!! perasan bha pulak adik sedara abg stalker ni kan.. :P contest natural beauty-II.. gua ada sponsor.. korang silalah join.. :D 

siyes, gua bosan gilak time nih.. jadi gua meragam depan lappy sebab tu jer benda yg menyoronokkan.. gua berukbeng takda nak godek2 tenet.. so gua menyoronokkan diri macam org gila sorang-sorang dan ketawa terbahak-bahak bila muka gua nampak macam macik jemah jemur kain di tengah matahari terik.. 

hmm tp takda masa nak kongsi kat korang dr hari pertama lapor diri, pengalaman urus pelantikan dan ketaksuban bertugas di sekolah sendiri.. T_T

ok la, babai.. korang jangan lupa. cik purple masih wujud taw! cuma dia malas! hahaha.. :P


❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Tutorial Craft #1 | Flower Ribbon Brooch

Assalamualaikum.. Selamat Malam korang.. :)

Malam ni cp nak buat tutorial craft sikit.. ni first time buat. Kalau tak cantek, korang jangan kutuk depan depan tau! kutuk belakang jak! hahaha.. :P

Ok, tanpa mebuang masa jom kita mula.. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:-

Bahan:
1. Ribbon 
2. Gunting
3. Benang
4. Jarum
5. Pin brooch bulat
6. Manik / Button / Pearl
7. Glue Gun 


Langkah-langkah:
  • Potongkan ribbon kepada 5 bahagian dengan panjang 2 inci (ikut kesesuaian dan lebar ribbon)
  • lipatkan kepada 2 bahagian
  • Kemudian jahitkan seperti gambar di bawah.

  • Ulang cara yang sama untuk kesemua ribbon tadi.. (Seperti Gambar Dibawah)

  • pastu korang picit hujung riben tuh kemudian tarik benang korang tu jadi macam gambar di bawah ni..

yg ni cp tak pandai terangkan sangat, harap korang paham.. ahaha.. :D
  • Haaa pastu korang jahitkan dan perkemaskan bunga riben korang tuu.. macam yg cp buat kat atas tuhhh.. :)
  • Kemudian jahitkan / gamkan korang punya button atau manik ataupun pearl kat tengah-tengah tu.. macam gambar kat bawah ni..

  • akhir sekali, gamkan pin brooch bulat kat belakang dan SIAP! hehehe..

Senang jak kan? hehehe.. Sila lah buat.. Terima Kasih! :D Ok la, Babai! :)

p/s: buat muka sengal dengan tudung kusut masai dan muka bulat banyak jerawat.. hahahaha..














❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Freebies | Mini Heart / Love Background

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni cp baik hati nak bagi freebies kat korang background yg cp dah warnakan sendiri.. Korang ambil la buat background kat blog korang.. :)


Ha, kalau nak ambil korang komen la dulu, bagitau cp yea.. cp nak tau jugak berapa ramai yang sudi ambil freebies ni.. oke? lepas tu korang silakan ambil.. tak perlu minta izin bagai.. saya halalkan..:) thank you!

Turquoise
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikJrtqy8Q8_5bksBplZmmAkJOYc_DRf97Q2NuOx8khluD4kjUQRUMLFFkiu6Ewgr7y8UhWgaqSE6iwbldfJIVny2uVhMjhHEDLQyNof-i62D8tQoCXHH2NRDs0mxofm4TQZxY6EUlWN98/s400/cikpurple-Turquoise.jpg
Biru
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuAqHJqouCvXI8QEfC2b4exZYnrQ_05kQQIrvjGGPukITNVuwwdDUUnQOrcDeeih3NnGti0Ro0gfg-pDfdr3ZUD1LZ59kbJNFXb1f2ZKEbXpgIDb35jRqk3JmzkHZq6sTalmaNNbG9ucs/s400/cikpurple-biru.jpg
Hijau
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgs4tppUO4vH0X5tLKbNmiFetxUwHwcmKK8_57eNCOs6dh9CiWDp3_9wztbzVMByEQRNhmsRiE9Q0Z8kvVhcEoPhZv9JySiR9MgdTmjlu3hhfxV99jVTqYus-OUMmxAz9ORYDbON30uD9w/s400/cikpurple-hijau.jpg
 Kelabu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6slJ-WTHz4TyQRc3vaWXZrad-IvxtJCODg1efOPESf7BwnZCBKMxobo0Rs7FlsfMNDWpJpnZttDjucd5MDUzPqHoAA0NGwUD_PwOSkLiwwDgKuWOntNG2UCqj25AFAw6dmHcWx5zBk8s/s400/cikpurple-kelabu.jpg
 Kuning
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjp-HSlgU322IbcbgFxxrW1tpYlyXPCVJZMBpidMt8jYW1YVFOXCJQxgZBioWYGgwBneps1BqVi6ARCE992Ne3F_xeju7lEfpDOK1NgZu06dXA-KRFciDOmPz6Uhkf9pTPnceSGICmfaWg/s400/cikpurple-kuning.jpg
 Merah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQskOxT2nuud4KWxTj9_QyELFz7it_fBosJsBZpnEprHqi1MuvP5lo57pwWFbEP4G_4MXn_xNTdtIXtDD5OSmUs76ERbaMwtELAjpXsg3pjQeUxy67EYSegeixABo4U8PUSCyxg-1ZaFY/s400/cikpurple-merah.jpg
 Oren
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZOhqlsDtmUi6En7U0Mt775poxHirS8LNy0s_i13l7uOMPoQIL_G3sziDuIUKxRiwRi0NtxMoCXctLsn7zUl_i6Tf_4oIEA1DhsdjH6N3BeMH7XUEMlD32RDW7lzetB6LkTsOjJpD73HI/s400/cikpurple-oren.jpg
 Pink
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDJFxFhBRA_jJHBiJcYH4wtwVL_fTIWUK_JlxmKnBiSVbzGyf5D46fmXvob_HbvGpA3fdmaNdr9iHwo1y6pYQa-xUiRvKcHYzyhQHAqfRLm4LmwqpKdWJMaYa9anF2uP8LQ_GpOQl8ldc/s400/cikpurple-pink.jpg
 Purple
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx1qE92-t7vHzqByWTBI2sDPPaS2DclsxZjBv3tkmj3pCQr4rbkGpUEPwzfSvkK33FbeMyUycX50yBMXJjsjQ8vRBZGUsx6UnecHO3F2oJqZZzBDbcDn4hhJzvPSLSyyp72HHCYGx7GUM/s400/cikpurple-ungu.jpg
Tutorial Letak Background di Blog: TEKAN SINI

p/s: Kalau korang nak ambik dan jadikan freebies kat blog korang, sila kreditkan kepada blog cp ok. :)



❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Berubah ke Arah Kebaikan

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Terkadang kita lupa, lupa bahawa dunia ini bukan milik kita, tetapi ada Pencipta yang Maha Esa Allah s.w.t yang memiliki sekalian alam.. Subhanallah..


Namun begitu ada segelintir insan yang alpa dengan keseronokan dunia dan lupa menyembah Illahi serta menjalankan tanggungjawab sebagai hamba yang tinggal sementara di dunia ini.. 



Aku salah seorang daripadanya. Diriku merasakan bahawa aku seorang yang sangat rugi kerana tidak sedar akan semua ini.. Astagfirullah Al Azim.. Tidak sedar bahawa aku perlu menjalankan tanggungjawabku sebagai hamba Allah.. Menyesal..

Kini, aku sedar, ada yang perlu jalankan, ada pulak yang perlu aku jauhi.. Memohon kepada Allah semoga aku masih berkesempatan untuk bertaubat..


Marilah kita sama-sama berubah, yang kurang baik kepada baik, yang baik kepada yang lebih baik dan mohonlah kepada Allah S.W.T agar kita diberikan hidayah untuk kekal berada di jalanNya. InsyaAllah..






❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Baru terhegeh-hegeh nak tutup segmen..

Assalamualaikum.. Selamat petang.. hehehe..

Maaf sangat sebab semalam tak updet entri untuk tutup Segmen Tambah Follower Blog tuh.. Semalam cp agak busy isi borang HRMIS ka tu nama dia? hehehe.. lupa sudaaa.. Pastu awal pagi tadi lagi cp suda pi Beaufort tuk cop Surat Akuan Sumpah dan buat Medical Check Up.. So tak sempat mau online..

Ok, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya Cik Purple melabuhkan tirai Segmen Tambah Follower Blog.. hahaha.. ok, dah tutup dah.. mana yg sempat hantar link, Alhamdulillah.. yang tak sempat masih banyak lagi blogger lain buat segmen yang lagi gempak.. toksah sedih, toksah menyesal ok.. hahaha..




Tu jak mau cakap.. hee.. So far urusan cp tadi berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah.. Walaupun pada mulanya cp mau buat di klinik swasta, tapi di tolak mentah mentah oleh mereka sebab ujian dadah tu dorang perlu ambil masa 3 minggu but cp kena lapor diri minggu depan. So dorang suruh pergi Hospital kerajaan. Alhamdulillah, hospital hanya suruh tunggu 3 hari jak. Sekarang kena tunggu keputusan ujian air kencing untuk dadah pastu jumpa duktuuur... yang lain sudah buat.. walaupun cp ndak faham sama sekali apa yang hasil ujian tu nyatakan, tapi insyaAllah.. mesti takda apa apa kan? :) 


tadi masa buat check up, jumpa lagi kawan yang dapat jawatan yang sama macam cp jugak.. so kami tukar-tukar contact number nanti and mau jumpa time taklimat nanti.. hehehe.. insyaAllah..


Apa-apa pun, doakan segala urusan cp dipermudahkan yea.. :) Terima Kasih kawan-kawan.. :)






❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Segmen : Tambah Follower Blog

DAH TUTUP LAAAAA..


SENARAI PESERTA

Assalamualaikum..

Oke, hari ni cp teringin pulak mau buat segmen.. Bukan apa, cp tak tau mau update apa.. hehe.. Okeh, cp harap ramai yang sudi join segmen ni.. Sesaja la cp buat, nak tolong tolong korang tambahkan follower. Kan kan? Hehe..

Oke syarat mudah jer.. Kena ikut taw! :D

1. Follow Blog cp, Cp akan follow balik.. :)
2. Em follow Twitter cp bole? hehe..(bg yg ada twitter shj)

3. Buat Entri : Segmen Tambah Follower Blog
4. Letak banner di bawah dalam entri tersebut dan link kn ke entri ini..

5. Letakkan URL entri korang ke ruang komen d bawah.. Entri ni sahaja oke.. :)
6. Kalau ikhlas tu, boleh la TEKAN SINI yer.. hehe..

TIPS PENTING! : kalau betul betul nak tambah follower, korang kena rajin blogwalking! jangan tunggu orang datang blog korang baru nak balas balik.. hehehe..

Ha, kalau rasa nak tag member member blog yang lain pun boleh.. takde masalah.. tag jer seberapa ramai yang boleh.. :D

Tu je la, ade pape nak tanye, korang tuwit2 jer yer.. ;)

p/s: Jom Main Game The Amazing Spiderman Kat FB

TUTUP

TARIKH TUTUP: 24 Jun 2012 Pukul 6 Petang



Nota: Kalau takde buat entri tp tinggal komen / link kat bwh, cp tak approve yea.. tq.. :)




❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Aiskrim Kacang Merah, Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum warahmatullah.. Salam satu blogger..

Mesti ramai yang mengadap lappy ni kan? maklumlah, tengah cuti hujung minggu ni.. Ada jugak yang golek golek ngah layan hindustan kot? hehe..

Dah seminggu kat sini panas jak memanjang.. Memang takut la mau keluar rumah kalau petang petang macam nih, panasnya.. Ya Allah.. Meyengat! Ini baru panas kat dunia kan, belum lagi kat padang Masyar.. Nauzubillah.. 

Kalau dulu masa kecik kecik, petang macam ni mesti pergi sekolah agama, start pukul 2 sampai pukul 5.30 petang. Haaa.. sebelum pergi sekolah kena singgah kedai dulu, beli Aiskirim Kacang Merah.. Mesti korang pun pernah makan dan suka makan kan? hehe


maaflah, aku malas nak amek fon aku kat bilik, so ko amek jer guna webcam.. amacam? pintar kan? hahaha

Aiskrim ni memang populer sejak aku tadika lagi.. kawan-kawan aku takda sorang pun yang "missed" makan aiskrim nih. So, bila tengok kereta bapa aku dah jauh, aku ngan kawan-kawan aku pun belari gi kedai sebelah sekolah.. hehehe.. bayangkanlah.. dah belasan tahun aiskrim nih wujud.. ceh.. buat gempak pulak.. hehe..

Eh, napa ko gelak? Pasal ni aiskrim harga dua posen ka? Eh, sekarang harga dia pun dah mahal ok, dah naik jadik tiga puloh sen! =_= Kakakakakaka..

yes, aiskrim nih harga 20 sen jer masa zaman aku kecik kecik dulu, sekarang dah 30 sen.. Aiskrim ni sedap gila la bagi aku, tu yang sampai dah dewasa macam ni pun aku masih lagi carik aiskrim nih kat kedai.. kau hado? ehehehehe.. :P

So, hari yang panas, makan 3 batang aiskrim nih, memang perghhhh la.. hahaha.. 

P/s: Kat semenanjung ada jual ka aiskrim macam nih?





❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...