Showing posts with label amirul hadi. Show all posts
Showing posts with label amirul hadi. Show all posts

Hampa tak dapat tengok Amirul Hadi | Gembira dapat jumpa rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam tengahari korang.. suda makan ka nih? hikhikhik.. kalau belum, pigi la makan.. ngeee~~ ..

orait.. sebenarnya entri nih cp mau buat semalam, tapi oleh sebab kemalasan dan kepenatan yang melanda, beta telah melabuhkan diri dan beradu dengan nyenyak.. muahahahahahahaha.. #gelak setan#

orait la kome sume... sebenarnya guwa sedih gila gila tahap otromen taro.. T_T.. Guwa da duapulohempat bulan simpan harapan nak jumpa Amirul Hadi tapi malam tuh dia tak main derr.. hancur hati guwa.. lu tau, masa tuh hanya tuhan jer yang tau perasaan guwa.. sedih gila.. belah dua hati guwa.. T_T
tak tau la apa pasal dia tak main kat Sabah... mungkin dia takut cp nak serang dia macam peminat fanatik, nak peluk cium dia kot? pelizz la.. mak bukan gedix oke.. =_= paling paling pun mak steady jer panggil nama dier.. hahaha.. hamboii!



tapi tapi, apa yang buat guwa rilek masa tuh, guwa dapat jumpa sorang blogger nih.. dah lama janji sama dia mahu jumpa, tapi inda juga tejumpa jumpa.. akhirnya tejumpa juga di Stadium Likas..

heee.. siapakah siapakah?
orangnya ialah.. jeng jeng jeng...


sori.. curi gambar tanpa kebenaran! hahaha.. :P




ETONG!! hehehe..


ngeee~~ walaupun keciwa indada Amirul Hadi, tapi ndak apa.. Etong ada.. Nahahahahaha.. xD
korang tau, baru first time jumpa etong pun terus rapat neyh.. geng karas! hehehe... macam suda kenal duapulohsatutahun.. hahahha.. kan etong kan? :P
kalau kamu mau tau, c etong nih.. aduiii manjanya.. comel lagi tuh.. geram cp sama dia nih.. hahahaha.. macam mo cubit cubit sampai lebam.. haha..

Apa apa pun siuk jugak bha malam tuh, pengalaman pertama tengok bola di stadium.. Memang lucu la masa tuh.. Macam macam gelagat, selain jumpa Etong, cp tejumpa sama kawan kawan sekolah jugak.. Masing masing bawa cewek suda.. T_T.. hahaha.. Ada yg maintain, ada yg makin kurus, makin berisi, makin leper, makin matang, makin comel.. Macam macam la.. haha..

Well, kalau bukan pasal aku mau jumpa Amirul Hadi, teda aku mau susa payah naik tangga stadium tuh.. hahaha.. Hareemm!

Sekalinya Amirul Hadi pulak teda? Adeh.. 
Nda pa la, next time la seja.. Cp pi beraya terus pigi ruma anak pacik Jenal tuh.. hahaha.. xD

nah, ni ada dua tiga keping gambar masa kat stadium.. tapi tak berapa jelas la sebab kami duduk atas sekali.. hehehe..

ready mau nyanyi lagu NegaraKu.. ;)

Jyeahhhh~~ Para pemain Sabahawks! ;) #depan tuh c Rozaimi sama Syed Adney..hahaha..#


keputusan? Seri.. 1-1.. Ok la jugak tu kan.. Heee.. 

Bha, ok la.. bai! ^^y Peace No War.. Tak suka bole Blar! :P [x]








❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Bopren aku nak datang Sabah weh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.. :)

ceh, bajet gedix giler2 lah tajuk entri tu kan? hahahaha..

aku malas nak bebel panjang.. aku pun heran, naa korang masih cari mamat nih kat blog aku... kenape????
aku ngan dia dah lama break.. sejak dia couple ngan budak cina tuh la.. haiyaaa..

tengok, berapa orang masih nak ambek tau pasal dia.. isshhhh sengal!

sapa tak nampak dia anak tettt.. kata p.ramlee.. heee

Amirul Hadi Zainal.. Siapa tak kenal? Baru jer skor 1 bijik gol untuk Selangor baru baru nih kan.. 
haaa.. apa yang buat aku tak senang hati pasal dia nih, dia nak datang sabah.. 
nih mesti kes nak rujuk balik ngan aku nih.. haiyaaa..#perasan.. sila muntah sekarang..=_=#

aku dah kata, ko pergi la jauh jauh dengan awek cina ko tuh.. please la.. leave me alone!

tapi, sebenarnya aku tipu gak perasaan aku.. bila tengok dia main kat tv, hmmm.. rindu gak.. rindu sangat!
member kata, lusa Selangor nak turun lawan ngan Sabahawks.. go go go!


so, aku pon tak tau, jadik ke tak member aku nak bawa aku gi dating ngan Amirul Hadi kat Stadium Likas nih.. 
Aku harap harap jadi la weh.. sebab, ramai ramai pemain bola kat dunia nih.. #whoaaa,, dunia tuuu..#.. dia yang aku nak jumpa sangat.. :) tak dapat jumpa, tengok secara live pon jadik la.. :)


oke la, tu je la.. Selamat Malam Semua.. :) Have a nice dream :)




❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Goodbye 20, I'll Miss U.. :') | Watermark Diberikan kepada. . .

Assalamualaikum.. Salam Perpaduan..

Firstly cp mau ucap terima kasih kepada genk dan sis nadya yang sudi buat entri happy birthday untuk cp.. :)
terharunya.. :')

pastu cp mau bagi tau, semua yg entri watermark free cp dah tutup jam 6 tadi.. dan berita baik ialah, semua yang try jawab soalan tadi dapat watermark.. :) walaupun sebenarnya ada satu pemenang yang jawab betul dan sangat lengkap.. iaitu Anis Athia.. TAHNIAH ANIS! :) untuk anis, cp akan promot banner dia kat ruang iklan cp selama seminggu jugak. tp yang lain don't worry, sebab cuma 5 org yang berminat nak menjawab, cp bagi watermark buat ke lima-lima blogger. termasuk anis sekali taw. :)  so, tolong kontek cp kat facebook atau email (eyza_ikeuchi333@yahoo.com) secepat mungkin sebelum hari selasa(15.11.2011) nih k.. :)

ha, tak lupa thanks jugak buat seeeeeemua yang ucapkan happy birthday kat dinding mukabuku cp.. ;)
kawan kawan blogger, kawan kawan sekolah.. sangat sangat terima kasih! :)
Ermm tak tau apa nak cakap.. Segan pon ada.. hehehehehehe..

Alhamdulillah, cp masih bernafas sehingga umur 21 tahun.. ;)
pasni, kena pikir lebih jauh, dah tak boleh prangai macam budak budak, menyusahkan mak bapak..

Cuma azam baru cp untuk umo 21 tahun nih, cp sangat harap cp dapat kerja yang bagus dan boleh bagi mak bapak duit hasil titik peluh cp sendiri..

Walaupun tahun nih takde kek, #agak sedih sebab every year ada kek..T_T.. tapi tahun nih mak bapak cp buat kenduri, hantar makanan ke surau.. mintak doa panjang umur dan murah rezeki..
bapak cp pon birthday gak 8hb tuh, kakak cp 6hb tuh and anak buah dan kazen cp 11hb lalu.. :)
jadik mak kata, elok la kenduri kan dari buat majlis hari jadi.. #dah tua bangka takkan nak tiup lilin lagi.. hahaha.. memang agak sedih.. :') tapi takpa la, tahun nih kena blajar sambut hari jadi macam orang tua dewasa la.. hihi..

tgk kek kat google pun jadik la.. :P

Goodbye 20!! Welcome 21st!! :D



pinkypuff's note: dah lama tak makan kek foundant.. :) last year jer kek kaler cekelat puteh, every year color pink, hahaha..





❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Ya, Saya Kecewa! | Entri Putus Cinta


Photobucket
mungkin ramai yang dah baca kan? pasal Amirul Hadi Zainal kat New Straits Times tadi.. 
saya memang tak nak komen panjang panjang tentang hal nih..#jawapan bajet retisss..=..='

semua orang dah tau, Amirul Hadi sebenarnya berpacaran ngan Puah Pei San dah 5 tahun.. #sanggup ko buat aku macam nih yol! 
 http://matcuoi.com

 They love sports and each other — Pei San and Mohd Amirul. Not many know they are dating, but they do now.

Siapa Puah tuh? korang google la sendiri! T_T aku kecewa giler nih, tau tak.. aku kecewa!, kecewa!, kecewa!, cewa, cewa, wa, wa, wa~~~~http://matcuoi.com#melodi makin slow..

skang aku cuma mampu katakan.. 

Yol, walaupun ko tipu aku selama nih.. #rekaan semata, nak kasi feeling..
aku tak kesah.. yang aku tau, sejak hari tue.. aku memang dah jatuh hati kat ko yol.. http://matcuoi.com#haktuih.. meremang bulu kaki mak nakkkk..

tapi takpelah, mungkin percintaan ko dengan puah pun dah lama kan.. dah 5 tahun.. aku nih cuma sampingan jer.. kita pun baru kenal beberapa bulan.. walaupun banyak kenangan antara kita.. ermmm.. takpe, aku redha yol..  aku doakan ko bahagia yol.. bahagia ke anak cucu.. #sambil kesat ayaq liuq basi... yewwwww!!!

SELAMAT TINGGAL AMIRUL HADI!



kami dah brek.. so jangan tanya pasal Amirul Hadi lagi! T_Thttp://matcuoi.com
ade ke yg tanye? -.-'
  #perghhh puah peng san jangan marah loooo.. main main saja maaaa..
(feeling tengah cakap ngan puah..)

oke, kepada sesiapa yang turut berduka cita dan frust menonggeng macam gua nih.. sebab gua tau, bukan gua sorang jak fanatik ngan c yol nih.. lu orang pun kan? haa meh pakat reramai baca doa kat bawah nih.. tak nampak, sila tekan k.. 



nota cumil: yol, wish u all the best.. :') u still in my heart bah.. walaupun lu masuk team red warriors.. terbaekkkk!!http://matcuoi.com 

AMARAN! entri ini rekaan semata mata, takde kena mengena antara Amirul Hadi Zainal ngan Puah Pei San..




❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Amirul Hadi Zainal kata "Tak ada faedah!"

Photobucket

eh.. bukan.. Amirul Hadi bukan cakap ngan cp macam tuh..dia cakap pasal kes semalam tuh la.. Pasal kes dorang kena cakap monyet oleh isteri kapten skuad singapura tu la.. kalau tak tau sila KLIK SINI

jom baca kenyataan balas dari Amirul Hadi Zainal..:D

AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.
“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak. 

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut. 
“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.” 


p/s: CP cari satu jer lagi blog untuk di promot sebelum tutup habis segmen tuh! cepat cepat KLIK SINI

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Amirul Hadi Zainal | Tentang DIA

Photobucket
Jom kenali buah hati saya..:) hahaha.. okeh, cp perasan lagi.. perigi cari timba, blablabla.. hahahaha.. okeh, sila muntah sekarang.. muahahahaha..:D

 nak tau ketika kali pertama cp jatuh cinta kat Amirul Hadi Zainal bila? KLIK SINI


Posted Image

NAMA PENUH - Mohd Amirulhadi Zainal
POSISI - Midfielder
TARIKH LAHIR - 27 Mei 1986
TEMPAT LAHIR - Melaka
STATUS - Single taken by CIK PURPLE PINKYPUFF :p
PASUKAN / KELAB - Selangor
PENGALAMAN ANTARABANGSA -
-Asian Games Doha 2006
-AFF Cup 2007
-Olympic Qualifying 2007
-2010 World Cup Qualifying
-Merdeka Cup 2007
-SEA Games 2007
-2008 Intercontinental Cup
-Merdeka Cup 2008
-2008 Grand Royal Challenge Cup

Mohd Amirul Hadi Zainal (lahir pada 27 Mei, 1986 di Melaka) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Selangor FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.
Amirul membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menetang Bahrain. Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun Malaysia.
Amirul merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika bertemu gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Amirul begitu menyerlah sehingga hampir menggegarkan gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.
Amirul menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia ketika menentang Myanmar pada 23 Oktober, 2008.
credit: wikipedia
cilok dr fb my shayang..:D
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mohd Amirul Hadi Zainal (lahir pada 27 Mei, 1986 di Melaka) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Selangor FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.

Amirul membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menetang Bahrain. Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun Malaysia. Amirul merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika bertemu gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Amirul begitu menyerlah sehingga hampir menggegarkan gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.

Amirul menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia ketika menentang Myanmar pada 23 Oktober, 2008.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KARIER

* 2002: -Menyertai Akademi Bolasepak Selangor bawah kendalian Razali Alias ... Mewakili skuad Bawah 17 Malaysia di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan di pusingan kelayakan Bawah-17 AFC Kumpulan 11 namun gagal layak ke pusingan akhir di UAE setelah tewas kepada Jepun 0-2 dalam perlawanan terakhir

* 2004: Mewakili skuad SUKMA Selangor di SUKMA Negeri Sembilan

* 2005/2006: Mewakili skuad Piala Bardhan Selangor ... Mewakili skuad Piala Presiden Selangor

* 2006/2007: Mewakili skuad senior Selangor ... Membuat penampilan pertama skuad senior dalam perlawanan menentang Melaka pada 16 Disember ... Bermain untuk skuad Olimpik Malaysia ... Menjaringkan gol solo yang cantik ketika skuad negara menewaskan Hong Kong pada 28 Mac ... Menjaringkan gol pertama skuad senior dalam perlawanan menentang Johor FC pada 19 Mei 



Credit to: http://www.harimaumalaya.com

kalau korang pun bekenan kat buah hati haku nih, boleh LIKE FANPAGE dia kat FACEBOOK


p/s: harap harap boleh jumpa Amirul Hadi satu hari nanti..:)

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...