Amirul Hadi Zainal kata "Tak ada faedah!"

Photobucket

eh.. bukan.. Amirul Hadi bukan cakap ngan cp macam tuh..dia cakap pasal kes semalam tuh la.. Pasal kes dorang kena cakap monyet oleh isteri kapten skuad singapura tu la.. kalau tak tau sila KLIK SINI

jom baca kenyataan balas dari Amirul Hadi Zainal..:D

AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.
“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak. 

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut. 
“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.” 


p/s: CP cari satu jer lagi blog untuk di promot sebelum tutup habis segmen tuh! cepat cepat KLIK SINI

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

11 CP's Bestfriend(s):

[sutera kasih] said...

kalau malas nk layan, nnti mudahla org nk pijak kepala kita lepas ni..mmmg benarlah benda tu remeh kalo dipandang dr satu sudut..tp kalo dr sudut satu lg, menjatuhkan maruah seseorang..ehh sy plak yg marah kan hehe

arituarini said...

pedulikan aje..kih kih kih

Cik Purple said...

@[sutera kasih]: tu la sis.. buat apa nak cakap sampai mcm tuh.. sedangkan kita org Malaysia hade tak hina pemain dorang lelebih.. saje je nak cari masalah kan..

Cik Purple said...

@ArulchelseA: hihihhi.. ndak bulih.. sy paling syg amirul hadi ni tau..hahaha

msredcheesecake said...

betul tu..tak perlu pening kepala pikir benda remeh....

khairul akmal bin azman said...

kecohlh bini kapten spore..
bajet barat..

Cik Purple said...

@msredcheesecake: hehehehe.. yup.. :]

Cik Purple said...

@khairul akmal azman: hahahaha.. a'ah wak..:D

K said...

kalau dilayankan makin menjadi nanti, keh3

Cik Purple said...

@sergeant keroro: hahahaha.. iya.. tak elok plak bulan2 posa mcm nih kan..:D

shamyheart said...

ala, kecik je kes.. kalau boleh bawa masuk mahkamah dan menang ok la kalau nak ambik kira..

itu isteri coach yg kata, bukan coach.. chill sudey~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...