Apa tujuan kempen ini?
Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO
"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."
Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? #sarcasm
Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA
Bagaimana?
Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe.
Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes
Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih
Itu sahaja, mudah dan senang je kan?
Camne nak join kempen ni bro?
Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. Contoh,
Bila korang dah join kempen ini, tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian.
Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri. #senyum
Selamat berkempen!
2 CP's Bestfriend(s):
hehe, thanks sudi berkempen XD
ada gak men klik2 iklan kt blog org laen.. sbb dlm blg sendiri tade iklan..hehe
Post a Comment