Dugaan Berat Di Bulan Ramadhan, aku Redha ya Allah..


Photobucket

Cuba untuk menggembirakan diri, tapi jauh di hati, wujud satu perasaan resah menghimpit diri.. Ya Allah, kuatkanlah diriku, cekalkan hambamu ini menempuh dugaan hidup. Aku tefikir mau luah, ceritakan segalanya disini.. tapi aku tidak boleh bodoh dengan membuka pekung di dada.. Ya Allah ya tuhanku.. tabahkan lah hati ku..


Bila aku fikir sejenak, tidak patut aku buat macam tu, itu hal peribadi, hal keaiban, dan melibatkan maruah.. Mungkin mereka suka membaca, suka cerita panas, cerita yang berbaur kekasaran.. tapi aku?? hari nih aku puas setelah aku luah kemarahan aku di sini, tapi esok lusa? bila aku kembali waras? ya Allah, sangat memalukan! Aku seperti kanak kanak yang tiada pemikiran! Aku ingin berubah, aku ingin menjadi wanita kuat, wanita yang mampu hadapi segalanya dengan tabah dan sabar..
walaupun kini aku, masih belum dapat bersikap sebegitu tapi aku harus cuba..


Bila aku hadapi masalah begini, orang yang pertama aku cari ialah TEMAN, tp bukan teman yang hanya tau mengapi- apikan aku, teman yang hanya tau mengangguk cerita aku, atau teman sekadar mendengar.. Aku mencari TEMAN nasihat. Teman yang mendengar luahan aku, sambil memberi nasihat bernas kepada ku.. nasihat yang mampu menyejukkan hati ku.. Aku cuba mencari namun tiada ku temui TEMAN itu.. Ya Allah.. Adakah aku LAYAK menerima TEMAN seperti itu..


Apa yang ku mampu buat, hanya mengawal perasaan dan cuba berfikiran lebih positif. Ada insan yang sebenar mampu mengembirakan aku tapi, aku bukan insan yang layak utk minta dia menggembirakan aku.. Aku bukan siapa siapa.. dia tidak pernah pedulikan aku.. jadi daripada aku tambah merana.. lebih baik aku berdiam diri, berserah kepada Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.




SEMOGA ALLAH MEMBERI SERIBU KEKUATAN KEPADA KU.. DI BULAN YANG MULIA INI AKU MOHON PADAMU YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU INI SERTA PERMUDAHKAN URUSAN DAN JALAN HIDUP KAMI SEKELUARGA.. AMIN


pix credit to google

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

9 CP's Bestfriend(s):

farhana aka isteri fakri said...

sbr hdpi smue dugaan hdp CP krn sbr 2 adalah kunci segala mslh :)

Mya said...

blogwalking dari 100crew reborn. intai2 crew lain hihi. btw nice belog =)

ecadwinkyasha said...

..Allah sentiasa disisi kita,meluah padaNYA,insyaallah,akan ada sesuatu menanti kita :)

eca datang sini,tercari-cari shoutbox,xde ke?.hehehe

Etong said...

be strong k ming..jgn sedih2..insyaAllah semua yg terjadi ada hikmahnya..jadikan kita seorang yg lebih kuat :)

Malek Ku said...

sabar jelah...allah senantiasa menguji kitaa.. dan yg paling penting skali ingat... "setiap apa yang berlaku ada hikmahny"

renung2kan

Marina said...

Allah s.w.t menguji hamba-Nya tidak melebihi daripada seseorang itu mampu pikul..sabar byk2 yer..

mynameismy said...

bila hati tak tenang.. selalu lah mengingati Allah...;)

Abang Stalker said...

tambahkn pahala dgn amalan dibulan puasa ni supaya iman dikukuhkan lg,semangat diberi kekuatan diri dan ketenangan :)

MissCt a.k.a MuqDeq said...

Allah sntiasa ada d cc kite.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...