Berubah ke Arah Kebaikan

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Terkadang kita lupa, lupa bahawa dunia ini bukan milik kita, tetapi ada Pencipta yang Maha Esa Allah s.w.t yang memiliki sekalian alam.. Subhanallah..


Namun begitu ada segelintir insan yang alpa dengan keseronokan dunia dan lupa menyembah Illahi serta menjalankan tanggungjawab sebagai hamba yang tinggal sementara di dunia ini.. 



Aku salah seorang daripadanya. Diriku merasakan bahawa aku seorang yang sangat rugi kerana tidak sedar akan semua ini.. Astagfirullah Al Azim.. Tidak sedar bahawa aku perlu menjalankan tanggungjawabku sebagai hamba Allah.. Menyesal..

Kini, aku sedar, ada yang perlu jalankan, ada pulak yang perlu aku jauhi.. Memohon kepada Allah semoga aku masih berkesempatan untuk bertaubat..


Marilah kita sama-sama berubah, yang kurang baik kepada baik, yang baik kepada yang lebih baik dan mohonlah kepada Allah S.W.T agar kita diberikan hidayah untuk kekal berada di jalanNya. InsyaAllah..






❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

3 CP's Bestfriend(s):

Noor Atikah Ramli said...

insyaallah..aminn :)

Unknown said...

semoga kita jadi lebih baik dari hari ke hari. InsyaAllah :)

dariilhamkehati said...

nice and sweet entry :)

amin ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...