Badan Dicerai-beraikan?? WANITA! SILA AMBIL PERHATIAN!!

Photobucket

Salam perpaduan.. cp jumpa post nih dari fb tadi.. HANYA SEBAGAI PERINGATAN DAN TANDA KEPERIHATINAN CP TERHADAP GOLONGAN HAWA. mungkin ada yg dah baca kan?? tapi kepada yg belum baca, SILA BACA SAMPAI HABIS!! WAJIB!


Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! 
TERUTAMA KAUM WANITA 

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan.

 Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. 

Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
 Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, 

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
  •  Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
  •  Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! 
  • Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! 
 Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

18 CP's Bestfriend(s):

✿ Cik Nisa ✿ said...

huh seram . mcm2 terjadi skunk nie . mudah-mudahan ia tak t'jadi kpade kite . amin .

khairul akmal bin azman said...

apabila manusia tak takut dosa da..

Fatin Farhana Binti Ramli said...

hish .. ni yang bulu tengkuk meremang .. lagi seram dari jumpe hantu .. mintak mintak dijauhkan ..

miss jambu said...

penah dah aku baca ne..b4 beblog lagi..tp bgs..sbb share benda ne..

kalau kena tnggl seorang diri ]/ beramai2 dlm kereta..better kunci kereta dari dlm..until pemandu sampai

Mr.Superman said...

bahaya ni dik..hati2 la ye kaum hawa. :)minx dijauhkn.

Cik Purple said...

@Nisa Si Gadis: insyaAllah, cp ada tbca kat 1 blog, bca ayat kursi dan doa kpd Allah bila kta dlm keadaan yg tak slmt.. kira doa pelindung la kan.. :)

Cik Purple said...

@khairul akmal bin azman: dan tak berhati perut, mcm tu la jadinya.. nak kejar duit sgt!

Anonymous said...

semua kena hati2 sekarang..laki pon sama..dah tak aman dah~

Cik Purple said...

@Fatin Farhana Binti Ramli: a'ah yunk.. jumpa hantu belum tentu mati, yg nih dah sah2 mati kan.. mintak dijauhkan la yer..

Cik Purple said...

@Iz.Eusof (Abg Stalker): ye bang.. :) mintak dijauhkan la yer.. Amin.. lelaki pon kena hati2 gak..

Cik Purple said...

@budakampung: betol2.. cp stuju, lelaki ker pompuan, suma kena hati2.. dorang nih dah tk pilih mgsa dah..

Cik Purple said...

@c genk bah ne: awu banar.. klu kami tu, bekabat pintu wa mun kna tinggal lam keta.. mna kta taw kan og sekeliling cmna..

Aki said...

bah,awas2 la kamurang gadis2.. eh,lelaki pun ada juga ni.. tulis sana,lelaki pun harus baca bilang..

Cik Purple said...

@Aki: bha iya..lelaki pun mst tau nih..nti la ku edit post balik..hihi

Anonymous said...

uih..seramnya..

ct kektus said...

pernah dengar jugak sebelum ni. pape pon kite kena berhati2 dlm pape keadaan kan. ;)

My Name is Mar said...

bukan setakat perempuan..
Lelaki pun perlu..

Rean said...

bahaya ni, kaum hawa kena lebih berhati2 ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...