KUTU di kepala??? oh Tidak!!!!

Photobucket

eh.. jangan la tengok macam tuh. bukan kepala cp yg ada kutu.. =_='

sebenarnya kutu nih memang dah wujud sejak azali lagi kan.. cp pun tak tau la dari mana asal binatang nih.. dah try godek godek kat google tapi tidak jumpa juga.

gambar kutu setelah d zoom 1 juta kali.. =_='

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala

Tanda-tanda

  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan

Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
  • Sikat rambut.
  • Perhiasan rambut.
  • Tuala.
  • Topi.
  • Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan?

  • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  • Basuh cadar dsb dengan air panas.
  • Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

  • Crotamiton
  • Benzene hexachloride
  • Malathion

Cara merawat

  • Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
  • Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
  • Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

sumber: wikepedia


❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

8 CP's Bestfriend(s):

nuranne said...

sebab tu tak suka kongsi barang yg bersentuhan kulit mcam tudung ka, baju ka...bukannya kedekut tapi hygiene issue.

iyan shazlind said...

oo ngerinya image kutu tu...cam alien je...

khairul akmal bin azman said...

kay mmg jage rambut..
bg kutu main jauh2..haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

tettibe rasa gatal pale bila dengar nama KUTU..huhuh..

Cik Purple said...

@SimplySeoul:betol tuh. benda2 th la yg memudahkan migrasi kutu.. hehe

Cik Purple said...

@iyan shazlind: tu la.. hahaha~~ seram kan.. :/

Cik Purple said...

@khairul akmal bin azman: hahahah~ jauh la sgt.. kekeke.. lelaki jarang la nak dapt kutu... hihi

Cik Purple said...

@nuyui a.k.a miss NUSHA: hahaha~~ elok yui gi shampoo rambut cecepat.. kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...