Mohd Ashraf a.k.a Aleesha meninggal dunia

Photobucket


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - Bernama
sumber: malaysiakini

credit: Fahmi Di Sini

p/s: Mari kita sama sama berdoa semoga diampunkan dosa dosanya.. ucapan takziah dari cp buat keluarga.

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

5 CP's Bestfriend(s):

kotak bulat said...

al-fatihah..semoga arwah sempat bertaubat dan ditempatkan di golongan yg beriman..

Anonymous said...

AL_FATIHAH tuk arwah hafiz..
takziah tuk kluarga allahyarham

hamzah ian said...

alahai.. aku tak tau nk ckp pe..

Mr.Superman said...

itu lbh baik utk dia..dr terus dihina.

Cikrosecute said...

@kotak bulat

Orang ganu nie....Tak tahu nak cakap apa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...