Tujuh orang bunuh diri tiap hari?!


Photobucket


KUALA PENYU: Dianggar- kan seramai tujuh orang membunuh diri setiap hari dan lebih kurang 140 orang melakukan percubaan mem- bunuh diri setiap hari di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, berkata walaupun jumlah itu dianggap kecil tetapi ianya menunjukkan lebih kurang 11 peratus daripada populasi penduduk Malaysia mengalami penyakit mental.

“ Peratusan ini mungkin lebih tinggi dari apa yang dilaporkan di mana sekitar 5 hingga 10 peratus penduduk dalam komuniti memerlukan bantuan dalam menangani kemurungan pada satu-satu masa bagi menangani kes ini,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri di Dewan Mas- yarakat Dato Shah Bandar Makang di sini Sabtu lepas.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmond Teo, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Bahagian Kesihatan Awam, Dr. Haji Jamil Muhi dan Pegawai Kesihatan Kawa- san Beaufort, Dr. Tasin Kamarul Jamal.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, berkata masa- lah penyakit mental walaupun tidak serius namun membimbangkan kerana akan memberi kesan kepada produktiviti dan ekonomi negara serta kos perubatan dan rawatan yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO ) telah mencadangkan empat strategi utama untuk mengurangkan jurang perbezaan antara sumber dan keperluan untuk perawatan penyakit mental.

Strategi itu ialah, menambah dan membaik pulih maklumat mengenai kesihatan dan penyakit mental yang digunakan untuk merancang sebarang pelan perawatan dan perkhidmatan; memupuk kesedaran tentang penyakit mental melalui promosi; perkongsian maklumat dan advokasi untuk rasa hormat yang lebih kepada hak asasi manusia dan mengurangkan stigma.

Lajim berkata, usaha menyediakan polisi dan membentuk perkhidmatan yang lebih berkesan dalam menangani penyakit mental ini juga diperlukan dengan membina kapasiti setempat untuk kajian kesihatan mental di negara- negara miskin.

SUMBER : New Sabah Times

pinjam trademark Arulchelsea : Cuak aku baca tajuk dia bha.. ramai betul yg mau bunuh diri..

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

3 CP's Bestfriend(s):

Anonymous said...

errr..best sangat ke bunuh diri?? =="

miss jambu said...

muhahah.. di KP lagi tu.. rindu pula ku ma tu dewan shah bandar lama sudah inda masuk sana huhuh..

minggu lepas??ala aku g lawas pula tu huhuhu..

baca ini brita teringat pula kes org mo bnuh diri di KP ari tu..

✿INA AINAA✿ said...

best sgt ke bunuh dri ni...ngat semua mslh plus dosa2 akn terhapus ke??? Bertambah2 dosa tu adelah, plus x cium pintu syurga...grrrr....pemikiran cetek camnilah...hurmmmm....

#minta tlg berikan pendpt pd latest post ena ek...TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...