Assalamualaikum..
Baiklah, sebenarnya tajuk entri tuh mesti ada yg tertanya tanya kan..
CP sebenarnya kurang bekenan dengan perangai sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan orang lain.
Macam yg cp dah cakap kat entri sebelum nih la.. Tidak semestinya kita popular, kita boleh mencuakkan org lain.. Setiap orang ada pandangan dan keistimewaan masing masing.
Sebagai seorang sahabat, kutuk mengutuk itu sememangnya dilarang dalam agama..
Kita baru berada dimuka bumi yg kecil disisi tuhan, tp lagak kita seperti sudah "konfem" duduk di syurga.
Sememangnya teguran itu baik, tp buatlah dengan cara yg betul, banyak cara yang boleh digunakan.. tidak perlu melukakan org lain, tidak perlu menghancurkan org lain..
Hari ni cp ada baca beberapa entri yg agak menusuk kalbu sebenarnya..
dek kerana cara teguran itu amatlah bertentangan dengan prinsip cp.
sebaik baiknya tegurlah dengan cara yg terang terangan.. bukan memalukan dengan cara menulis entri sambil megejek ngejek individu berkenaan..
Sebagai contoh sekiranya anda ingin menegur tentang cara pemakaian muslimah, tp diselitkan dengan sindiran memalukan seperti "perasan cantek! nak muntah aku tengok perempuan pakai legging.. dah la lemak sana sini.." yg mungkin akan melukakan hati sesetengah perempuan.
CP tau, dia cuba untuk berdakwah, Alhamdulillah tp tak elok memalukan muslimah. Kenapa tidak menegur dengan cara yg lebih baik?
Cara tegur ada 3, menegur dengan mulut, lisan dan hati.. semua org tau akan hal tersebut.
saya ingin bertanya, menegur dengan cara penulisan yg cuba menjatuhkan dan memalukan itu termasuk sebagai salah satu ajaran agama?
bukankah menyakiti hati org lain itu yg sebenarnya merupakan perbuatan yg dilarang agama?
Sebenarnya tidak salah utk membuat penulisan tentang isu muslimah masa kini cuma, berpada pada la sedikit, jangan sampai menjatuhkan airmuka serta mengguris perasaan sesetengah pihak.
Saya jugak muslimah, bila membaca entri sebegitu rupa, ada yg saya boleh terima tp ada jugak yg terkadang mengguris hati saya. Wanita itu jugak MANUSIA BIASA tidak lari dari melakukan kesilapan.
ehsan google
Sekian, MOHON SERIBU KEMAAFAN DARI SAYA..
5 CP's Bestfriend(s):
btol tu cp.. teguran secara kasar jarang skali berkesan, tegurlah dgn berhikmah supaya lembut hati org yg ditegur =)
jom! join Contest Sis tag CP
http://www.cikdya.com
btoi..banyak yang nak mnghancurkan je..bukan nk nsiht ke ape ke..
as salam..
sebab pegangan prinsip mereKA TAK betul tu pasal jadi tak betul.
apa2 pun, janghan cepat patah semangat. teruskan usaha untuk menjadi lebih baik ;)
Kisah Awag Bela Unte Ade Ark ? Kalau Ade Post-II La Kasi Aku Baca . First . Masih Jelas unun Poyopo Jadah Apala An ? Tech Utk tko Blogging Bagai . Fcuk . CentralPark Bikin Lipak Tui Tui Tui Arh . APTB
Post a Comment